Selasa, 08 Desember 2009

Profil Akatsuki Team

Akatsuki (Naruto)

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

(Dilencongkan dari Akatsuki)
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Organisasi Akatsuki

Akatsuki (? bererti "subuh" or "fajar") merupakan sebuah organisasi yang dianggotai oleh ninja pelarian yang mempunyai keupayaan Kelas-S (kecuali Konan dan Pain) dan yang mana mereka amat dikehendaki di dunia ninja. Matlamat utama mereka adalah untuk mengumpulkan ke semua sembilan ekor biju bagi menyempurnakan cita-cita mereka untuk menguasi dunia. Pada permulaannya, Akatsuki dilihat hanya memainkan peranan yang kecil di dalam siri Naruto (bahagian pertama), namun kini (bahagian kedua) mereka merupakan antagonis utama di dalam siri Naruto.

Organisasi Akatsuki hanya dianggotai oleh tidak lebih dari sepuluh ahli sahaja, di mana ke semua mereka merupakan penjenayah Kelas-S di perkampungan asal mereka (kecuali Konan dan Pain). Setiap ahli akan bertindak dalam bentuk kumpulan berdua kecuali Zetsu; berperanan sebagai perisik dan setiap ahli menggunakan kebolehan khas yang dimiliki untuk memberikan kelebihan kepada pasukan mereka. Setiap pasukan berfungsi dengan baik atau sekurang-kurangnya berjaya menyempurnakan tugasan yang diberi walaupun kadang-kala ada sesetengah daripada mereka mempunyai sedikit perbezaan pandangan dan pendapat mengenai sesuatu perkara. Organisasi Akatsuki jarang berkumpul bersama, seperti yang dapat dilihat pada penghujung bahagian pertama siri ini; apabila seorang ahli menyatakan bahawa perjumpaan tersebut merupakan yang pertama kali sejak perjumpaan terdahulu yang berlaku pada 7 tahun yang lalu.

Akatsuki mempunyai banyak ejen yang ditempatkan di beberapa tempat rahsia yang merangkumi beberapa buah negara ninja. Apabila sesuatu pasukan berdua berjaya menangkap biju yang ditugaskan kepada mereka, mereka akan menggunakan tempat persembunyian khas yang dilengkapi dengan banyak perangkap apabila ingin melakukan proses mengunci kuasa biju tersebut. Apabila mereka ingin melakukan proses pengunciaan tersebut, pemimpin mereka iaitu Pain akan memberikan isyarat dan mereka akan berkumpul untuk menyempurnakan jutsu khas yang memerlukan masa selama 3 hari untuk disempurnakan.

Isi kandungan

[sorok]

[sunting] Matlamat

[sunting] Matlamat utama

Pelantar Tangan Gergasi milik Akatsuki

Walaupun sesetengah ahli menganggotai organisasi tersebut dengan harapan untuk menyempurnakan lagi matlamat persendirian mereka, namun mereka bersatu di bawah matlamat utama organisasi iaitu untuk menakluki dunia.Pemimpin organisasi Akatsuki; Nagato (Pain) telah mencipta tiga langkah utama dalam proses untuk mereka mencapai matlamat tersebut. Pertama, mereka perlu mengumpulkan sumber kewangan bagi menampung kos organisasi tersebut. Kedua, mereka ingin menubuhkan satu pasukan tentera upahan (mercenary) yang setia kepada Akatsuki. Untuk meningkatkan reputasi pasukan askar upahan tersebut, mereka bersedia untuk menerima sebarang misi yang berada di bawah kos yang sepatutnya dan menggunakan kewangan yang dimiliki dalam proses pertama untuk menampungnya. Oleh kerana tidak berlaku sebarang peperangan kebelakangan ini, perkampungan ninja yang baru ditubuhkan tidak akan dapat menampung kos upah yang tinggi yang diminta oleh kampung ninja besar. Dengan ini, mereka akan bertukar harapan kepada organisasi Akatsuki yang hanya mengenakan kos upah yang rendah.

Dengan menggunakan biju yang dimiliki, mereka akan memulakan peperangan kecil dan melalui situasi itu, mereka akan menawarkan organisasi mereka untuk menamatkan peperangan tersebut. Proses ini harus ulang berkali-kali agar ke semua negara ninja perlu bergantung kepada kuasa Akatsuki untuk menamatkan sesuatu peperangan. Apabila ini berlaku, ia akan memudahkan mereka untuk mendominasi pasaran ketenteraan di dunia ninja. Tanpa sebarang permintaan, perkampungan ninja lain akan mengalami kejatuhan akibat kemerosotan ekonomi. Langkah terakhir, apabila hanya Akatsuki diiktiraf sebagai kuasa besar di dunia ninja, ini akan memudahkan proses mereka untuk menakluki negara-negara ninja yang lain.

Setiap ahli Akatsuki tidak mempelajari dan mengetahui matlamat tersebut secara automatik apabila menyertai organisasi; seperti yang dilihat berlaku kepada Hidan yang hanya mengetahui selepas menjadi ahli beberapa ketika.

Biju, merupakan makhluk syaitan berekor yang memiliki kuasa yang besar dan menjadi fokus utama organisasi Akatsuki dan seringkali dikaitkan apabila organisasi tersebut membuat penampilan di dalam siri Naruto. Setiap ahli telah ditugaskan untuk menangkap salah seekor daripada sembilan biju yang ada secara hidup; atau dalam banyak kes Jinchūriki yang memiliki biju tersebut di dalam badan mereka. Setakat ini, Akatsuki telah berjaya menangkap tujuh ekor daripada sembilan biju yang ada: bermula daripada "berekor satu" sehingga "berekor tujuh" (selain Hachibi dan Kyuubi).

Namun begitu, perancangan ini berkemungkinan sukar dilaksanakan kerana tiga ahli Akatsuki yang mempunyai pengaruh yang besar memiliki matlamat mereka sendiri yang tidak diketahui oleh anggota yang lain:

[sunting] Matlamat Madara

Madara sebenarnya ingin mempergunakan matlamat Aktsuki yang ingin mengumpulkan ke semua biju untuk kegunaannya sendiri dan mengembalikan kehebatan Mangekyou Sharingan miliknya. Madara telah menunjukkan keinginan yang tinggi untuk memusnahkan Konoha seperti mana yang dilakukannya ketika awal penubuhan Konoha.

[sunting] Matlamat Pain

Setelah siri ini berkembang, Pain kemudiannya telah menyatakan dengan lebih lanjut peranan utama biju di dalam perancangannya. Kuasa biju tersebut akan digunakan untuk mencipta sejenis teknik Kinjutsu khas yang sangat mengancam sehinggakan boleh memusnahkan sebuah perkampungan ninja besar dengan hanya sekelip mata. Jadi, sekiranya sesebuah negara yang ingin berperang dan tidak memiliki tentera upahan yang didapati dari perkampungan ninja besar untuk membantu mereka; negara ninja tersebut akan beralih minat kepada bantuan ketenteraan dan "senjata" khas (berkemungkinan Teknik Shinra Tensei yang digunakan ke atas Konoha) yang dimiliki oleh Akatsuki.

Mana-mana pihak yang terlebih dahulu membuatkan Pain menggunakan teknik tersebut, akan memusnahkan negara pihak lawan lalu menimbulkan rasa "takut" kepada mereka agar tidak menggunakan lagi "senjata" tersebut dan memberikan petanda agar tidak memulakan perang atau negara mereka akan mengalami keadaan yang sama; dimusnahkan dalam sekelip mata. Melalui cara penyebaran perasaan ketakutan, perang dapat dihentikan sementara dan dunia dapat mengenali keamanan; sehingga manusia melupakan ketakutan tersebut dan menggunakan "senjata" itu sekali lagi. Keadaan akan berulang, mencipta keamanan bersifat sementara di dalam suasana kebencian yang berpanjangan.

Akan tetapi, hanya anggota Akatsuki; Nagato dan Konan sahaja yang mengetahui perancangan ini.

[sunting] Matlamat Itachi

Selepas melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas semua ahli Klan Uchiha dan meninggalkan Konoha, Itachi tidak menggunakan kepentingan biju untuk kelebihannya sendiri, tetapi terus melindungi Konoha dengan menjadi ahli Akatsuki dan memberikan perhatian ke atas mereka (terutamanya Sasuke)daripada luar. Ketika masanya di dalam Akatsuki, dia akan selalu melengahkan masanya untuk menangkap biju (Kyubi) yang diperintahkan kepadanya dan dengan secara tidak langsung membocorkan rahsia organisasi kepada pihak Konoha serta percubaan membunuh Madara melalui Sasuke (percubaan ini tidak berjaya kerana Sasuke telah "termakan" dengan kisah sejarah yang diceritakan oleh Madara kepadanya).

Sebelum kematiannya, Itachi telah memindahkan sedikit "kuasa" miliknya kepada Naruto dan memberitahu Naruto agar terus mempertahankan Konoha dan sekiranya berlaku peristiwa Sasuke ingin memusnahkan Konoha. Namun begitu, "kuasa" yang diberikan kepada Naruto oleh Itachi masih tidak diketahui.

[sunting] Penampilan

Anggota Akatsuki mengenakan pakaian yang sama, pakaian yang akan mudah dicamkan oleh penduduk kampung ninja sekiranya mereka melakukan serangan ke atas sesebuah kampung. Ahli-ahli Akatsuki memakai sehelai jubah panjang berwarna gelap yang memiliki corak awan berwarna merah. Bahagian dalam jubah berwarna merah dan memiliki kolar sehingga ke paras dagu. Semua ahli; melainkan Tobi (oleh kerana dia memakai sarung tangan) menggunakan pewarna kuku yang berlainan pada semua kuku dijari tangan dan kaki. Mereka juga kadang kala memakai topi berbentuk kon yang memiliki tirai-tirai kecil di bahagian kiri dan kanan untuk melindungi wajah mereka. Topi tersebut boleh digunakan untuk bergerak di tempat awam agar tidak dikenali dan juga apabila cuaca mengkehendakkan mereka menggunakannya. Kebanyakkan ahli menggunakan dirah dahi milik kampung mereka yang telah ditanda dengan satu garisan melintang untuk menunjukkan mereka tidak lagi berkaitan dengan kampung tersebut.

Warna kuku pada jari tangan dan jari kaki adalah seperti berikut:

  • Hitam: Pain, Konan, Deidara
  • Ungu gelap: Itachi Uchiha, Kisame Hoshigaki
  • Hijau gelap: Kakuzu, Hidan
  • Coklat muda: Sasori
  • Ungu muda: Zetsu

[sunting] Cincin dan kedudukannya

Antara perkara yang penting bagi ahli Akatsuki adalah cincin yang dimiliki oleh mereka. Sejumlah sepuluh cincin telah dikenalpasti dan diberikan kepada sepuluh ahli utama Akatsuki. Cincin tersebut dianggap sebagai lambang dan syarat keahlian, sejak Orochimaru keluar daripada Akatsuki, dia telah membawa sama cincin yang dimilikinya dan ianya tidak berganti. Tujuan utama cincin tersebut adalah tidak diketahui.

Cincin-cincin yang diketahui adalah:

Nama cincin Kedudukan cincin Pemakai Catatan

Rei (零, "Kosong")

Ibu jari kanan

ketika ini dipakai oleh Pain


Sei, Shō (青, "Biru," "Hijau")

Jari manis kanan

terdahulu dipakai oleh Deidara

Seiryu berwarna coklat

Bya (白, "Putih")

Jari hantu kanan

ketika ini dipakai oleh Konan


Shu (朱, "Merah hati)

Jari telunjuk kanan

terdahulu dipakai oleh Itachi

Suzaku berwarna merah

Gai (亥, "lambang kepada khinzir")

Jari kelingking kanan

ketika ini dipakai oleh Zetsu


Gyoku (玉, "Permata," "Bola", atau raja dalam permainan shogi)

Ibu jari kiri

ketika ini dipakai oleh Tobi, terdahulu oleh Sasori

Gyokunyo berwarna ungu

San (三, "Tiga")

Jari manis kiri

terdahulu dipakai oleh Hidan

Santai berwarna jingga/oren

Hoku (北, "Utara")

Jari hantu kiri

terdahulu dipakai oleh Kakuzu

Hokuto berwarna hijau

Nan (南, "Selatan")

Jari telunjuk kiri

ketika ini dipakai oleh Kisame Hoshigaki

Nanju berwarna kuning

(空, "langit," "padam")

Jari kelingking kiri

terdahulu dipakai oleh Orochimaru

Kuchin berwarna biru/kelabu


Lapan daripada sepuluh tulisan Kanji yang terdapat pada cincin diambil daripada Kuji-in (Nine Syllable Seals), koleksi sembilan bentuk tangan yang digunakan dalam meditasi. Kuji-in boleh dikaitkan dalam dunia ninja sebagai sejenis mantera magik. Bagaimanapun, cincin milik Pain "Rei" dan milik Zetsu "Gai" tidak diambil daripada perkaitan kuji-in ini. Namun begitu, satu-satunya kuji-in yang tidak digunakan adalah Gen (玄, "Misteri"); memiliki banyak persamaan dengan cincin Zetsu "Gai" dan ada yang mengatakan ianya adalah satu kesilapan kecil. Namun begitu, ia mungkin akan menjadi kesilapan yang panjangan kerana perkataan kaji "Gai" telah ditunjukkan, kedua-duanya di dalam siri manga dan buku data Naruto.

Di dalam Bahagian II: Shippuuden, Pasukan Helang telah menjadi sekutu kepada organisasi Akatsuki. Mereka kemudiannya menukar penampilan mereka dengan memakai jubah yang seakan-akan sama dengan jubah ahli Akatsuki asal. Namun begitu, terdapat sedikit perbezaan yang kecil dapat dilihat dari penampilan mereka. Rekabentuk jubah yang dipakai oleh Pasukan Helang mempunyai rekabentuk seperti hud yang dilihat menggantikan rekabentuk kolar tinggi hingga ke paras dagu. Selain itu, perbezaan lain adalah seperti:

  • Tiada seorang pun daripada mereka memakai dirah dahi
  • Tidak pewarna pada kuku-kuku mereka
  • Tidak memakai atau memiliki sebarang bentuk cincin

Ini membuktikan bahawa, mereka sebenarnya bukan ahli rasmi Akatsuki tetapi hanya sekadar sekutu.

[sunting] Anggota

Ahli-ahli Akatsuki terdiri daripada penjenayah di dalam kategori Kelas-S, menjadi ninja buruan yang sangat dikehendaki dan melarikan diri dari kampung halaman mereka dengan pelbagai sebab. Namun begitu, harus diambil perhatian bahawa pemimpin Akatsuki iaitu Nagato dan pembantunya, Konan bukan tergolong dalam ninja buruan kerana mereka menguruskan kampung mereka yang diktiraf oleh dunia ninja (secara rahsia).

[sunting] Aktif

[sunting] Tidak aktif

  • Uchiha Itachi (Terbunuh, Tidak diganti)
  • Kakuzu (Terbunuh, Tidak diganti)
  • Hidan (Status tidak nyata; dianggap sudah terbunuh, Tidak diganti)
  • Sasori (Terbunuh, Digantikan oleh Tobi)
  • Deidara (Terbunuh, Tidak diganti)
  • Orochimaru (Keluar dari organisasi, Tidak diganti)

[sunting] Kumpulan

Ahli Akatsuki dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdua yang mana kombinasi mereka disusun agar kebolehan dan kekuatan mereka dapat diekploitasikan untuk mencapai kepentingan organisasi:

[sunting] Aktif

[sunting] Pain / Konan

Kemunculan Pain dan Konan di dalam manga bab 363, mukasurat 16
  • Senior: Pain
  • Sasaran: Kyubi (terkini; sedang bertarung)


Setakat ini, ia merupakan pasukan yang dilihat begitu serasi dan sangat berfungsi kerana ketaatan Konan kepada Nagato (Pain). Bertindak sebagai pemimpin, Nagato memacu hala tuju organisasi agar bertepatan dengan matlamat mereka; dengan cara berkomunikasi secara holografi (hologram) ketika menggunakan teknik Kuncian Naga Berkepala Sembilan.

Pain juga diiktiraf sebagai pemimpin oleh penduduk Amegakure dan menggunakan kampung tersebut sebagai pusat pentadbiran kepada organisasi Akatsuki; di mana Konan bertindak sebagai pembantu kepadanya di kampung tersebut.

[sunting] Pasukan Helang

"Pasukan Hebi" yang bertukar nama kepada "Pasukan Helang" menjadi sekutu Akatsuki

Apabila anggota Akatsuki semakin berkurangan sehingga hanya tinggal 5 orang ahli, Madara meminta bantuan Pasukan Helang; yang mana sama-sama memiliki keinginan untuk memusnahkan Konoha. Untuk mencapai matlamat tersebut, Madara telah mengarahkan Pasukan Helang untuk memburu dan menangkap Hachibi manakala Akatsuki (Pain) memburu Kyuubi.

Secara teknikalnya, Pasukan Helang bukanlah anggota rasmi kepada organisasi Akatsuki kerana mereka tidak memiliki cincin seperti yang dipakai oleh ahli rasmi Akatsuki. Namun begitu, mereka memakai pakaian yang seakan-akan pakaian yang dipakai oleh ahli Akatsuki; menunjukkan dengan secara umumnya mereka berkaitan dengan pertubuhan tersebut.

[sunting] Zetsu

Rencana utama: Zetsu
Zetsu
  • Fungsi: Perisik Akatsuki

Secara teknikal, Zetsu tidak boleh dianggap sebagai satu kumpulan berdua. Namun, oleh kerana "mereka" memiliki dua personaliti, secara efektif ianya boleh dianggap sebagai kumpulan.

Oleh kerana setiap bahagian personaliti memiliki ciri-ciri yang berlainan, mereka (merujuk kepada dua personaliti yang dimiliki oleh Zetsu) sering bertelingkah mengenai sesuatu perkara remeh seperti pertelingkahan mengenai keputusan untuk memilih pentas pertarungan mana yang harus disaksikan terlebih dahulu dan sebagainya.


[sunting] Tidak aktif

[sunting] Itachi / Kisame

Kemunculan sulung Itachi dan Kisame di Konoha dalam Bahagian I siri Naruto

Pasukan yang menyatukan Itachi dan Kisame dianggap sangat berkesan. Mereka berdua boleh dikatakan dapat menyempurnakan ke semua misi mereka dengan hanya sedikit masalah melainkan ketika percubaan untuk menangkap Naruto (Kyubi). Mungkin oleh kerana Itachi merupakan ejen yang menyamar untuk Konoha; berkemungkinan Itachi dengan sengaja menggagalkan misi ini.

Tidak seperti pasukan berdua Akatsuki yang lain, Itachi dan Kisame dilihat sangat serasi. Kisame sangat menghormati Itachi sehingga ke semua arahan daripada Itachi dipatuhinya. Mereka juga turut menunjukkan keadaan di mana mereka mengadakan perbualan dengan cara yang tenang (tanpa sebarang pertelingkahan kecil) ketika tidak terlibat dalam sebarang pertempuran.

[sunting] Deidara/Tobi

  • Senior: Deidara
  • Sasaran: Sanbi; Kura-kura gergasi berekor tiga (Tobi; telah diekstrak)
Pasukan Deidara dan Tobi

Pasukan ini ditubuhkan setelah kematian Sasori di tangan Chiyo dan Sakura. Tobi telah diperkenalkan dan dengan mudah ia telah menjadi anggota rasmi kepada Akatsuki setelah menjumpai cincin yang asalnya milik Sasori.

Walaupun Tobi bersemangat untuk menyenangkan hati "senior"nya Deidara, namun sifatnya yang seperti keanak-anakkan dilihat sebagai sangat menjengkelkan oleh ekspektasi Deidara dan organisasi Akatsuki. Walaupun sering berlaku huru-hara di antara mereka, namun mereka berdua bekerjasama dengan sangat baik dan ini dapat dibuktikan dengan kesanggupan Tobi untuk membantu Deidara meletakkan bom tanah liat ke dalam tanah apabila pertarungan terakhir Deidara dengan Sasuke.

[sunting] Kakuzu/Hidan

  • Senior: Kakuzu
  • Sasaran: Nibi; Kucing syaitan berekor dua (telah diekstrak), Kyubi (gagal)
Kakuzu dan Hidan ketika pertarungan dengan ninja dari Konoha

Pasukan ini berkemungkinan di antara pasukan yang sangat efektif, boleh dilihat sebagai satu pasukan yang tidak boleh dikalahkan apabila menjalankan misi bersama. Shikamaru pernah berkata bahawa untuk menewaskan mereka, perlulah mengadakan pertarungan secara berasingan dengan mereka berdua. Pain telah menyatukan mereka berdua kerana keboleh unik yang mereka miliki.

Hidan tidak boleh dibunuh kerana telah menjadi bahan eksperimen "Jashin" yang berjaya; walaupun badannya dicerai-beraikan. Manakala Kakuzu pula, seorang yang cepat dan mudah marah dan akan membunuh sesiapa sahaja termasuklah teman sepasukannya. Namun begitu, apabila bersama Hidan, Kakuzu boleh bertindak sesuka hati tanpa perlu merisaukan keadaan teman seperjuangannya. Kisame juga turut melabelkan mereka sebagai "Pasukan Zombi" (ゾンビコンビ, Zonbi Konbi) oleh kerana kebolehan unik mereka mengelakkan kematian.

Hidan dan Kakuzu menunjukkan sikap permusuhan yang sangat nyata berbanding ahli Akatsuki yang lain kerana perbezaan konflik dan kegemaran. Kakuzu menganggap ritual agama yang dianuti oleh Hidan sangat membazirkan masa; manakala Hidan pula menganggap sifat tamak yang ditunjukkan oleh Kakuzu tidak boelh dibendung dan pekerjaan Kakuzu sebagai seorang pemburu upahan sangat menakutkan Hidan. Oleh kerana mereka sering melakukan pekerjaan sampingan menangkap orang buruan, pasukan ini selalunya terlambat untuk menyempurnakan misi mereka.

[sunting] Sasori/Deidara

Deidara dan Sasori bersembunyi di sebuah gua setelah berjaya menangkap Gaara (Ichibi)

Pasukan ini menyatukan dua anggota Akatsuki yang sangat taksub pada kesenian. Mereka berdua menunjukkan kerjasama yang baik namun sering bertengkar apabila sesuatu perkara itu berkaitan dengan sesuatu kesenian. Sasori berpendapat bahawa sesuatu bentuk seni itu perlu diabadikan (disimpan dalam tempoh yang lama) seperti boneka manusia yang dihasilkannya. manakal, bagi Deidara kesenian itu bermaksud sesuatu yang dihasilkan dengan spontan, mampu memberikan impak hilang dengan sekelip mata, contohnya seperti bom tanah liat yang dihasilkannya.

Sasori menunjukkan sikap yang agak kurang penyabar dan suka menamatkan sesuatu perkara dengan cepat manakala berlainan bagi Deidara yang suka melengah-lengahkan sesuatu kerja yang dilakukannya. Sasori dilihat mempunyai jaringan perisik yang dikawalnya (dalam bentuk teknik pengawalan minda) bagi membantu segala urusan yang berkaitan dengan Akatsuki.

[sunting] Orochimaru/Sasori

Sasori mendakwa bahawa dia dan Orochimaru dapat berkerjasama dengan sangat baik ketika mereka berada dalam pasukan yang sama. Bagaimanapun, apabila Orochimaru keluar daripada organisasi Akatsuki setelah kegagalannya untuk mendapatkan badan Uchiha Itachi, Sasori telah menaruh dendam terhadap bekas rakan sepasukannya itu.

[sunting] Perkaitan

Setiap ahli Akatsuki diketahui mempunyai hubung kait dengan sesuatu kumpulan atau kampung atau organisasi (sekurang-kurangnya satu perkaitan) lain kecuali Zetsu. Ada sesetengah peminat menyatakan bahawa Zetsu berasal daripada Kusagakure oleh kerana penampilannya. Bagaimanapun, profil Zetsu di bahagian "Perkampungan Asal" di dalam buku data Naruto masih dibiarkan kosong, lebih-lebih lagi dia tidak memakai sebarang dirah dahi.

Nama Ahli Hubung kait dengan

Pain

Amagakure (ketua, "Dewa")

Madara Uchiha / Tobi

Konan

Uchiha Itachi

Kisame Hoshigaki

Kakuzu

Hidan

Sasori

Orochimaru

Pasukan Hebi / Helang

[sunting] Jenayah dilakukan hingga dibuang

  • Madara/Tobi: Menyerang kampung sendiri
  • Itachi: Membunuh semua ahli Klan Uchiha (atas arahan rahsia Kounsel Konohagakure).
  • Kisame: Membunuh seorang Daimyo
  • Kakuzu: Mencuri Teknik Jiongu (地怨虞? "Earth Grudge Fear") di samping jantung-jantung milik semua ahli kaunsel Takigakure
  • Hidan: Membunuh semua kejiranannya
  • Sasori: Mengamalkan pengubahsuaian mayat manusia (boneka manusia) dan membunuh Kazekgae Ketiga (tanpa pengetahuan penduduk di ketika itu)
  • Deidara: Menjadi pakar pengebom upahan (menggunakan kebolehan Letupan Tanah Liat)
  • Orochimaru
    • (Konohagakure): Mengamalkan Teknik Larangan dan menculik penduduk Konoha untuk dijadikan bahan eksperimen
    • (Akatsuki): Gagal dalam percubaan untuk mengambil-alih tubuh Itachi (mengakibatkan dia kehilangan tangan kirinya kerana terkena teknik Itachi).
  • Sasuke
    • (Konohagakure): Pergi mencari Orochimaru untuk menambahkan kekuatannya
    • (Otogakure): Pergi setelah menyerap kuasa Orochimaru.

[sunting] Alasan di sebalik penyertaan

  • Nagato: Inginkan keamanan dunia setelah dia merasakan kepahitan dan kesengsaraan ketika zaman kecilnya, mahu menghentikan peperangan.
  • Madara/Tobi: Dibuang dari Konoha dan keinginan untuk membalas dendam semula, mengembalikan semula kuasa asal Mangekyou Sharingan miliknya.
  • Konan: Menjadi anggota kerana mengikut dan taat kepada Pain, menurut Pain; alasan Konan adalah kerana "kasih sayang".
  • Itachi: Menyertai organisasi paling bahaya setelah membunuh ke semua ahli klannya (atas arahan rahsia pihak atasan Konoha), ingin memerhatikan perkembangan adiknya; Sasuke Uchiha. Menurut Pain; alasan Itachi adalah kerana "Ideologi".
  • Zetsu: Menurut Pain; alasan Zetsu adalah kerana "Tanah".
  • Kisame: Menurut Pain; alasan Kisame adalah kerana "Kebencian".
  • Kakuzu: Menjadi ahli kerana keinginan memiliki lebih banyak wang. Menurut Pain; alasan Kakuzu adalah kerana "Harta"
  • Hidan: Menjadi ahli kerana menganggap Akatsuki melakukan sesuatu yang ada kaitan dengan keagamaan (contoh seperti upacara penyalutan kuasa biju) dan ianya sangat menarik minatnya. Menurut Pain; alasan Hidan adalah kerana "Keagamaan".
  • Deidara: Dipaksa menyertai Akatsuki setelah dikalahkan oleh Itachi. Menurut Pain; alasan Deidara adalah kerana "Hanya kerana".
  • Sasuke: Menginginkan pembalasan dendam ke atas Konoha atas kepupusan klannya dengan menggadaikan nyawa banagnya Itachi.

[sunting] Keabadian / Keremajaan abadi / Nyawa kekal

Sesetengah ahli Akatsuki memiliki kebolehan untuk hidup lama (walaupun bukan selamanya) dan/atau; keupayaan untuk mengekalkan keremajaan mereka. Berikut adalah beberapa ahli yang memiliki kebolehan tersebut:

  • Madara Uchiha/Tobi: Memiliki Eternal Mangekyou Sharingan, membolehkannya memiliki kuasa keabadian, seperti yang dilihat melalui usianya yang panjang dan kebolehan uniknya untuk mengelak semua jenis serangan.
  • Kakuzu: Menggunakan Jiongu (地怨虞? "Earth Grudge Fear") untuk mengeluarkan jantung pihak lawan, seterusnya memasukkan jantung tersebut ke dalam badannya untuk ekgunaan sendiri bagi memanjangkan jangka hayat usianya dan mendapatkan kebolehan yang berlipat ganda.
  • Hidan: Menjadi bahan eksperimen berjaya melalui jutsu rahsia ajaran Jashin, masih mampu hidup walaupun seluruh anggota dan tubuh dicerai-beraikan.
  • Sasori: Menukarkan tubuhnya kepada "Boneka Manusia", menjadikannya memiliki keremajaan abadi.
  • Orochimaru: Menggunakan tubuh gantian menggunakan teknik rahsianya dalam tempoh berselang setiap 3 tahun. Ini adalah kerana, tubuh yang digunakan akan mengalami kemerosotan dari pelbagai segi, kesihatan, kuasa, keupayaan dan sebagainya.

[sunting] Orang bawahan

  • Amegakure no Sato (Kampung ninja yang diterajui oleh Nagato)
  • Kabuto Yakushi (Bekas pengikut Sasori)
  • Yura (Pengikut Sasori, terbunuh)
  • Mukade (Pengikut Sasori, terbunuh)
  • Genji (Pengurus kewangan Kakuzu, telah ditangkap oleh Konoha untuk siasatan - status tidak diketahui)
  • Zangei (Pemungut upahan, ditangkap)

[sunting] Konsep dan idea penciptaan

Di dalam Naruto Hiden: Sha no Sho Character Official Data Book, Masashi Kishimoto menyatakan bahawa pada asalnya dia telah bercadang untuk menciptakan Akatsuki sebagai suatu kumpulan raksasa yang mana setiap daripada mereka tidak memiliki ciri-ciri manusia. Menurutnya lagi, setiap pasukan Akatsuki memiliki dua ruangan khas untuk mereka tidur dan berehat.

[sunting] Trivia

  • Uchiha Itachi dan Kisame adalah dua anggota Akatsuki yang terawal diperkenalkan di dalam siri ini.
  • Selain daripada Hidan, ke semua anggota Akatsuki yang telah mati atau tertewas telah membuka pakaian seragam Akatsuki yang mereka pakai sebelum mati.
  • Hidan menyatakan dalam Bahagian I bahawa dia merupakan anggota yang masih baru di dalam Akatsuki. Ini dapat dikaitkan dengan perjumpaan secara maya anggota Akatsuki pada penghujung Bahagian I siri ini. Terdapat satu susuk tubuh individu bersaiz besar dapat dilihat di dalam kelompok manusia yang berkumpul (berkemungkinan adalah anggota yang bersama dengan Kakuzu sebelum kemasukkan Hidan) dan ianya tidak menyerupai mana-mana anggota Akatsuki yang lain. Dia berkemungkinan adalah rakan setugas Kakuzu yang terdahulu dan berkemungkinan juga telah terbunuh oleh kerana sikap Kakuzu yang suka membunuh rakan setugasnya apabila berada dalam kemarahan.
  • Hanya Hidan dan Kakuzu sahaja daripada ke semua anggota Akatsuki yang telah dibunuh dengan berturut-turut dalam sesuatu masa atau pertarungan.
  • Deidara merupakan satu-satunya anggota Akatsuki yang diketahui dibawa masuk ke dalam organisasi tersebut secara paksaan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar